Home
Font size bigger Standard Font Size Font size smaller

Masuk

Saluran

Turn off/on Options FAQ Kide Chat

terakhir ago

Only registered users can send messages, registrt or login

My Points

PMS Notifier

You are not logged in.

PMS Mailbox

You are not logged in.


Powerd By : NorthPony
Perayaan Cheng Beng

 

Hari Cheng Beng merupakan hari dimana memberi kehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah meninggal dunia. Masyarakat Cina akan berziarah ke makam orang tua dan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi para leluhur. Kegiatan Cheng Beng biasanya dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hari Cheng Beng yang biasanya jatuh pada tanggal 5 April. "Ching Ming" bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa Cina. Hari Cheng Beng juga merupakan Perayaan Tahun Baru bagi "mereka".

Terdapat beberapa kisah tentang Hari Cheng Beng Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama dengan pengikutnya kerana kerajaannya dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan dimana mereka kehabisan makanan, Sang Pengikut mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan Putera.

Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaannya, Putera berjaya mendapat balik takhta Raja dan ingin membalas budi Sang Pengikut. Akan tetapi ditolak oleh Sang Pengikut tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan Raja untuk bertemu dengan Sang Pengikut tetapi tidak berhasil.

Akhirnya Raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa Sang Pengikut dan ibunya keluar dari hutan. Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan. Akan tetapi, Raja menemui sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh Sang Pengikut. Dia berharap Raja dapat memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.

Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya Sang Pengikut ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur. Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada orang tua dan leluhur kita.

 

 

Kegiatan sembahyang biasanya akan dilakukan pada waktu awal pagi. Persiapan termasuk makanan dan minuman ( yang rumtnya termasuk nasi, lauk hidangan kuih atau kek tempatan, daging masak seperti ayam dan khinzir, telur rebus, buah-buahan, teh, beras arak dan makanan kesukaan si mati -- seperti rokok kegemarannya, serta kim chua dan gin chua ( kertas emas dan perak dilipat dalam bentuk bullion) dan bahan sembahyang seperti lilin dan colok.

Pembersihan rumput akan dibuat sendiri atau penjaga makam pada hari atau sebelum hari Cheng Beng. Penjaga ini juga akan menambahkan tanah  ke atas makam  bahkan tek chua yang bermaksud letak kertas di bawah suatu berat. Pada permulaan upacara sembahyang, ketika makanan dan bahan sembahyang diletak di depan makam dan mini altar tay choo kong (dewa penjaga tanah),  ahli keluarga akan letak kertas kuning dan putih dengan batu kerikil di atas makam serta letak bendera berwarna-warni di sisi makam.

 

 

Dua syiling akan digunakan untuk berkomunikasi dengan si mati dipanggil puak puay. Selepas bahan penyediaan diletak siap, salah satu ahli keluarga tua akan menjemput kedatangan si mati. Untuk mengetahui bahawa samada si mati sudah hadir atau tidak, dua syiling akan dilontar atas di depan makam (kepala dan ekor bermaksud "ya", kepala-kepala atau ekor-ekor bermaksud "belum"). Sesudah kehadiran si mati, colok dan lilin akan dibakar.

Ahli keluarga akan memegang colok di depan makam dan berkomikasi dengan si mati. Selepas itu, colok akan diletak dalam bekas yang memuat dengan pasir. Seketika waktu, biasanya colok  dibakar sampai setengah batang, pertanyaan samada sudah "menikmati hidangan" ataupun tidak juga dibuat melalui lontaran syiling (kepala - ekor bermaksud "ya, sudah hidang makanan",  kepala - kepala bermaksud "belum" dan ekor - ekor bermaksud " kami sangat gembira"). Suasana kegembiraan dirasai disebabkan keturunan beberapa acara baru dan kehadiran saudara-mara dalam upacara ini.

Selepas hidangan, pembakaran kim chua dan gin chua akan dibuat untuk kegunaan si mati di syurga. Nanas ( dalam bahasa Hokkien dipanggil "ong lai" - "ong" bermaksud nasib baik, "lai" bermaksud datang / mari), bersimbol nasib baik akan dipotong tiga bahagian. "Kepala"nya diletak di atas batu makam, tunggulnya diletak di hujung makam. Akhirnya, kulit dipotong diletak atas makam. Yang tinggalnya siap potong nanas akan dibawa balik makan oleh seluruh keluarga.

Selepas upacara sembahyang, saudara-mara mengagihkan makanan sembahyang, berkemas tempat makam dan pergi makan bersama-sama sebelum balik ke rumah berasingan.

 

 

 

 

 

{button}

 

 

 

 

 

Comments (0)
Only registered users can write comments!
 
 
No images