Home
Font size bigger Standard Font Size Font size smaller

Masuk

Saluran

Turn off/on Options FAQ Kide Chat

terakhir ago

Only registered users can send messages, registrt or login

My Points

PMS Notifier

You are not logged in.

PMS Mailbox

You are not logged in.


Powerd By : NorthPony
Monumen Logan

 

        Monumen Logan ialah monumen peringatan yang didirikan untuk mengenang James Richardson Logan. James Logan yang lahir di Berwichshire, Scotland pada tahun 1819, merupakan pejuang hak-hak orang bukan-Eropah di Pulau Pinang. Dia datang ke Pulau Pinang dengan abangnya, Abraham dan memulakan pelajaran undang-undang. Oleh sebab hak-hak orang yang bukan berkulit putih sering disekat, beliau tampil bertempur dalam kes seorang penanam sireh India menentang dengan Syarikat India Timur.

        Ketika kerajaan berusaha untuk menyekat aktiviti-aktiviti suku Cina, mereka dilabel sebagai kongsi gelap, James Loganlah yang membantu para peniaga Cina menyampaikan petisyen. Hal ini menyatakan hak-hak yang lebih besar dan pengakuan untuk organisasi dan perayaan mereka.

        Kematian James Logan dalam penyakit malaria pada tahun 1869 dianggap sebagai sebuah bencana besar kepada awam. Orang ramai daripada Straits Settlement mengumpulkan dana untuk membina sebuah monumen peringatan untuk menghormatinya, iaitu Monumen Logan. Monumen peringatan itu berdiri di atas tapak Mahkamah Tinggi, untuk mengenang jasanya kepada masyarakat.

        Ia dipindah semasa Perang Dunia II, namun dipindah kembali di depan bangunan Mahkamah Tinggi, hingga tahun 2007, ketika ia dipindahkan ke lokasi kekal baru di seberang jalan, kemudian kerja pengubahsuaian dan pengembangan bangunan Mahkamah Tinggi dimulakan. Monumen peringatan kini berdiri tepat di depan bangunan bertingkat 7 yang disebut sebagai Bangunan Sri Pinang di Lebuh Light.

 

 

{button}

 

 

Comments (0)
Only registered users can write comments!
 
 
No images